Wanita MCA Gesa Pinda Perlembagaan Hak Kerakyatan Anak Lahir Diluar Negara

Wanita MCA Gesa Pinda Perlembagaan Hak Kerakyatan Anak Lahir Diluar Negara

0
SHARE
Datuk Heng Seai Kie...

KUALA LUMPUR – Wanita MCA menggesa kerajaan meminda Perlembagaan bagi membenarkan bayi yang lahir di luar negara oleh ibu warga negara Malaysia dan pasangan rakyat asing mendapat kerakyatan negara ini secara automatik.

Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie dalam satu kenyataan media berkata sokongan bipartisan juga diperlukan bagi mempercepatkan proses tersebut.

Menurutnya, pihaknya mengalu-alukan keputusan sebulat suara oleh tiga hakim Mahkamah Persekutuan untuk memberikan kebenaran kepada enam ibu warga Malaysia dan kumpulan hak asasi Family Frontiers meneruskan rayuan untuk memperoleh kerakyatan bagi anak kelahiran luar negara dengan pasangan rakyat asing.

“Mahkamah Tinggi dijangka menyampaikan keputusan ke atas rayuan itu untuk membatalkan diskriminasi jantina seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang untuk mengelakkan keraguan dan pelarasan perlu dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan untuk merealisasikannya…

“Wanita MCA juga menggesa semua Ahli Parlimen tidak kira kerajaan yang memerintah atau gabungan pembangkang untuk memberikan sokongan bipartisan untuk kerakyatan secara automatik bayi yang lahir di luar negara oleh ibu warga negara Malaysia dengan lelaki asing.

“Pindaan Perlembagaan ini bagi membolehkan hak sama rata untuk wanita dan lelaki warga Malaysia yang hanya dapat diluluskan dengan sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat,” katanya.