KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin secara sah telah menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Perkara terbabit dimaklumkan Annuar menerusi hantaran yang dimuat naik di laman media sosial rasmi Facebook beliau.
Dalam hantaran bersama dua gambar yang dimuat naik itu, Annuar mengucapkan terima kasih kepada Zuraida kerana berkunjung ke pejabatnya.
“Terima Kasih juga kerana menyertai Muafakat Nasional,” katanya.
Dalam perkembangan lain, media sebelum ini melaporkan Annuar telah menubuhkan NGO Muafakat Nasional.