ISAAN, THAILAND – LAPAN (8) kanak-kanak berusia antara 5 hingga 12 tahun didenda RM381 (3,000 baht) setiap seorang selepas mencuri dan memakan setandan pisang.
Kisah tersebut tular selepas ibu bapa kanak-kanak terlibat bertindak berkongsi berkaitannya di media sosial dengan harapan kes anak-anak mereka mendapat simpati orang ramai.
Ibu bapa memberitahu pihak akhbar bahawa wanita bernama Kung, 33, memfailkan aduan kepada polis mendakwa kumpulan kanak-kanak itu menceroboh rumahnya, memusnahkan harta bendanya dan mencuri setandan pisang dari dapurnya.
Kung menuntut setiap keluarga membayar RM381 (3,000 baht) sebagai pampasan kepadanya. Keseluruhan jumlah pampasan ialah RM3,048 (24,000 baht).
Semua ibu bapa kanak-kanak tersebut menganggap ia denda yang besar terlalu banyak untuk setandan pisang.
Kung kemudiannya bersetuju untuk mengurangkan pampasan kepada RM254 (2,000 baht) setiap seorang.
Menurut Kung sehingga kini hanya empat ibu bapa membayar denda tersebut untuk menamatkan isu itu, manakala yang lain tidak mengendahkan denda itu kerana menganggap ia tidak adil.
Menurut The Thaiger, salah seorang kanak-kanak yang disaman memberitahu Kung.
Pada 14 Oktober, dia dan rakan-rakannya memasuki dapur dan makan seikat pisang. Budak lelaki itu menegaskan mereka hanya makan pisang dan tidak mencuri atau memusnahkan barang lain.
Menurutnya dapur tersebut berada di luar rumah dan tidak dikelilingi sebarang dinding.
Sebelum insiden itu, mereka beberapa kali ke rumah terbabit dengan anak pemilik rumah dan tidak menyangka dia akan marah.
Dia juga mendedahkan Kung memanggil mereka ke rumahnya pada petang hari itu dan merakam video soal jawabnya dengan mereka. Rakaman itu kemudian diserah Kung kepada polis.





