Wanita Warga Emas Cedera Buku Lali Akibat Terjatuh Ketika Turun Dari Puncak...

Wanita Warga Emas Cedera Buku Lali Akibat Terjatuh Ketika Turun Dari Puncak Gunung Kinabalu

0
SHARE

RANAU: Seorang wanita warga emas dilaporkan cedera buku lali akibat terjatuh semasa turun dari puncak Gunung Kinabalu dalam kejadian awal pagi di kilometer 7.2 gunung tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Mohd Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 7.58 pagi. 

Katanya, seramai tujuh anggota MOSAR dari BBP Ranau dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 2 kilometer dan tiba pada jam 8.34 pagi.

“Mangsa berusia 64 tahun berasal dari Bulgarian telah diberikan rawatan awal oleh Malim Gunung. 

“PBB MOSAR bersama PARKSAR bertindak membawa mangsa turun menggunakan robinson stretcher sehingga ke Timpohon Gate dan diserahkan kepada pihak Ambulans untuk di bawa ke Hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.15 petang.