TELUPID, SABAH ; Seorang lelaki warga emas cedera selepas diserang beruang madu peliharaan saudaranya di Kampung Taviu, di sini, Jumaat.
Difahamkan, beruang itu melarikan diri dari sangkarnya sebelum berlari liar di kampung itu.
Susulan serangan itu, ketua kampung menembak mati beruang itu kerana bimbang keselamatan penduduk kampung lain.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh kejadian.
“Mangsa dihantar ke klinik kesihatan Telupid untuk rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
“Orang yang menyimpan beruang itu secara haram akan disiasat dengan lanjut,” katanya memetik sumber Daily Express.






