KKIA Alami Gangguan Bekalan Air, Pesawat Terpaksa Isi Air Di Tempat Asal

KKIA Alami Gangguan Bekalan Air, Pesawat Terpaksa Isi Air Di Tempat Asal

0
SHARE
Kkia
Tangkap layar ciapan Twitter Malaysia Airports berkenaan masalah air di KKIA ( Sumber Foto: Twitter Malaysia Airports )

KOTA KINABALU, SABAH – Syarikat penerbangan dimaklumkan supaya mengisi pesawat mereka di tempat asal sebelum berlepas ke Kota Kinabalu kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menghadapi gangguan bekalan air.

Menerusi ciapan di Twitter oleh Malaysia Airports pada Jumaat, kedai makan dan minum di lapangan terbang terbabit diminta menyediakan peralatan dan perkakas pakai buang.

“Sebagai langkah segera, kami juga akan menutup beberapa tandas buat sementara waktu sementara kami membeli air mineral secara pukal untuk diletakkan di tandas yang masih dibuka untuk kegunaan penumpang.

“Malaysia Airports akan terus memberikan maklumat terkini daripada Jabatan Air Sabah mengenai situasi ini,” katanya.