Warga Emas Dikejarkan Ke Hospital Selepas Diserang Tebuan

Warga Emas Dikejarkan Ke Hospital Selepas Diserang Tebuan

0
SHARE

JERTIH – Seorang wanita warga emas terpaksa dikejarkan ke hospital selepas diserang tebuan dalam kejadian di Kampung Gerung, dekat Jertih, petang hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, Fatimah Awang Lah, 70, disengat di muka, hidung, bahu dan kepala.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang ketika mangsa mahu mengambil lembu yang ditambat tidak jauh dari rumahnya.

“Ketika hampir di tempat itu secara tiba-tiba datang tebuan tidak tahu dari arah mana menyerang saya.

“Ketika menyelamatkan diri saya rebah dan kepala jadi pening,” katanya.

Menurutnya, dia bernasib baik apabila jirannya melihat kejadian itu dan membantunya sebelum mengejarnya ke Hospital Besut untuk mendapat rawatan.

“Saya bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu dan hanya mengalami kecederaan,” katanya ketika ditemui di hospital.