SIPITANG, SABAH – Seorang warga emas ditemui sehari selepas dilaporkan hilang ketika membersihkan kebun di Kampung Ulu Sipitang sini kelmarin.
Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang memulakan operasi mencari dan menyelamat dalam radius 1 kilometer selepas menerima panggilan 7.30 malam semalam.
Bagaimanapun, pencarian mangsa, Asmad Bulad, 81, terpaksa ditangguhkan pada pukul 10.30 malam.
“Operasi disambung pada jam 6.20 pagi hari ini dengan radius pencarian 3 kilometer di sekitar lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang…
“Mangsa dijumpai selamat oleh penduduk kampung pada jam 6.20 pagi di kawasan Jalan Katipoh Ladang Kelapa Sawit.
“Beliau seterusnya diserahkan kepada keluarga mangsa dan pperasi ditamatkan pada jam 7.26 pagi,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.