Buta Seketika Selepas Membuat Tatu Bola Mata

Buta Seketika Selepas Membuat Tatu Bola Mata

0
SHARE

NEW SOUTH WALES – Seorang model yang terkenal memiliki jumlah tatu yang banyak di badannya mendedahkan dia menjadi buta selepas melakukan satu sesi membuat tatu (tattoo).

Memetik sumber Daily News, Amber Luke memberitahu dia menjadi buta seketika ketika berusia awal 20-an selepas dia melakukan sesi tatu.

Luke yang mempunyai 22,000 pengikut di Instagram telah  membelanjakan ribuan dolar untuk pelbagai ubah suaian badan.

Dalam catatan di Instagramnya, Luke mengimbas kembali pengalamannya: “Sudah lima tahun berlalu sejak saya hilang penglihatan selama tiga minggu menyebabkan saya langsung tidak mampu berdikari dan terpaksa bergantung kepada orang lain.”

“Prosedur menyeksakan itu membuatkan saya diberi empat suntikan picagari ke dalam setiap bola mata saya…

“Sepatutnya hanya dua suntikan diperlukan, namun berlaku kesilapan menyebabkan saya terpaksa diberi dua suntikan lagi.

“Saya menangis air mata biru selama dua hari selepas prosedur itu dijalankan.”

Luke yang mempunyai lebih 200 tatu di seluruh badannya, memberitahu prosedur tatu bola mata merupakan salah satu sesi paling “menyakitkan” yang terpaksa dilaluinya.