Rakaman 'dash cam' pengguna jalan raya menunjukkan mangsa yang memakai masih helmet terjun dari sebuah jambatan di Beaufort...
BEAUFORT, SABAH – Percubaan seorang lelaki 39 tahun untuk mengambil nyawa sendiri dengan terjun dari jambatan Jalan Baru Beaufort sini semalam tidak kesampaian.
Rakaman “dash-cam” kereta menunjukkan penerjunan lelaki tersebut ke dalam air sambil menggunakan topi keledar dalam insiden kira-kira 6.40 petang itu.
Walaubagaimanapun, mangsa tidak mengalami kecederaan fizikal yang serius manakala tindakan anggota Bomba yang pantas sempat menyelamatkan beliau…
Mangsa yang telah diselamatkan pasukan Bomba…
“Semasa dalam perjalanan ke lokasi, mangsa berjaya diselamatkan oleh anggota Skuad A Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Pegawai Bomba Bantuan Azhar.
“Mangsa yang terjun sungai ditarik ke tebing oleh Azhar dan kemudiannya diserahkan kepada anggota bertugas,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.
Mengikuti laporan yang sama, operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 7.19 malam.