Warganegara India, Indonesia Antara Ditahan Bersama Kapal Minyak

Warganegara India, Indonesia Antara Ditahan Bersama Kapal Minyak

0
SHARE

LABUAN – Sebuah kapal tangki yang dikendalikan oleh warganegara asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Labuan semalam.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata ‘tanker’ yang mencurigakan itu dikesan terapung pada barat laut Pulau Labuan sini oleh Kapal Maritim BISTARI yang sedang melaksanakan rondaan.

“Setelah pemeriksaan dilakukan oleh Pasukan Geledah, didapati kapal berkenaan dikendalikan oleh lima (5) orang kru warganegara asing Indonesia dan India yang berumur dalam lingkungan 25 tahun hingga 42 tahun.

“Dua orang daripadanya memiliki dokumen pengenalan diri yang tidak lengkap…

“Selain itu, kapal telah beroperasi dengan Lesen Perkapalan Domestik (DSL) yang tamat tempoh serta dokumen kapal yang mencurigakan,” katanya dalam kenyataan.

Kapal bersama kru ditahan dan di dibawa ke Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO 1952).