KOTA KINABALU, SABAH – Pemimpin-pemimpin Warisan bahagian Tuaran termasuk AJK Exco Wanita Negeri umum keluar parti semalam (Ahad).
Mantan Timbalan Ketua Bahagian, Michael Angkui berkata, mereka menghormati Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan mantan Naib Presiden,Datuk Peter Anthony sebagai antara pejuang hak-hak rakyat negeri ini.
“Tetapi apabila kedua-dua pemimpin ini sudah bebeza haluan, kami perlu buat pendirian dan kami memilih untuk menyokong penuh matlamat perjuangan Datuk Peter Anthony demi memperjuangkan rakyat Sabah melalui parti tempatan yang ada…
“Kami juga berharap agar parti-parti tempatan ini akan berkerjasama demi kepentingan hak-hak orang sabah pada masa akan datang,” katanya.
Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap bersama ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim mengumumkan keluar dari Warisan pada penghujung tahun lalu.
Susulan itu, sebagagian besar pemimpin Kadazan Dusun Murut (KDM) Warisan yang di beberapa kawasan turut mengumumkan keluar seperti Tenom, Keningau, Sepanggar, Matunggong, Kota Marudu dan Limbahau.
Peter baru-baru ini memberitahu bahawa parti baharunya itu telah diluluskan tetapi hanya akan didedahkan dalam majlis pengenalan di Tenom pada 28 Januari (Jumaat) ini.
Peter juga ialah Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia, manakala Juil ialah timbalannya.





