NEW DELHI, INDIA – Serpihan pesawat yang dilaporkan hilang hampir 80 tahun lalu selepas terhempas ketika Perang Dunia Kedua telah ditemui dekat kawasan pergunungan Himalaya yang terpencil di India.
Memetik laporan Wion News, pesawat itu dikatakan terhempas pada tahun 1945.
Penemuan itu dibuat oleh sebuah pasukan pencari di sebuah puncak gunung bersalji pada bulan lalu.
Pesawat pengangkut C-46 itu dikatakan membawa 13 penumpang dari bandar Kunming di selatan China, namun ia tiba-tiba hilang ketika ribut yang berlaku di kawasan pergunungan di negeri Arunachal Pradesh, India…
Tiga pemandu arah yang terlibat dengan operasi pencarian dilaporkan meninggal dunia kerana mengalami hipotermia iaitu suhu badan yang menurun pada peringkat awal projek itu dijalankan pada September tahun lalu.
Seorang pengembara dari Amerika Syarikat (AS), Clayton Kuhles dilaporkan mengetuai misi itu setelah mendapat kebenaran daripada anak kepada salah seorang anak kapal yang terlibat dalam kejadian itu bernama Bill Scherer.