Wujud Kluster Baharu Melibatkan Pekerja Pelantar Minyak Di Sabah

Wujud Kluster Baharu Melibatkan Pekerja Pelantar Minyak Di Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes positif COVID-19 Sabah kelmarin (Ahad) merekodkan angka 228 KES iaitu berlaku penurunan sebanyak 94 kes dari sebelum ini.

Namun, wujud lag SATU (1) kluster baharu iaitu ‘Kluster Bahtera’ Barat di daerah Kota Kinabalu melibatkan penularan jangkitan tempat kerja di pelantar cari gali minyak Sapura Pelantar Erb West.

Jurucakap COVID-19 negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata indeks bagi kluster tersebut merupakan seorang kakitangan lelaki, 31, di pelantar berkenaan.

“Dia tidak menunjukkan sebarang gejala namun disahkan positif dalam saringan prosedur sign-off kapal pada 8 Jun ketika menjalani kuarantin wajib di salah sebuah hotel di Bandaraya Kota Kinabalu…

“Daripada 301 sampel yang diambil termasuk sampel ulangan, 17 sampel didapati positif termasuk lima (5) kes baharu yang direkodkan pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 bagi kluster ini sebanyak 18 kes. Sementara baki 283 sampel lagi negatif,” katanya.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 04 Julai 2021…(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

Jelasnya, sebanyak 120 kes positif COVID-19 di Kota Kinabalu hari ini berpunca daripada Saringan Kluster Bahtera Barat sebanyak lima (5) kes, yang sehingga kini mencatatkan kumulatif (18) kes; Saringan Kontak Rapat (18) kes; Saringan Bersasar (92) kes, (iaitu hasil Saringan Bersasar secara besar-besaran di Pulau Gaya iaitu Kampung Pondo (30) kes dan Kampung Laban Pulau Gaya (62) kes); Saringan Bergejala empat (4) kes dan satu (1) kes daripada Saringan lain-lain kes.

Dalam pada itu, dua lokaliti baru dikenakan Perintah Kawalan Pegerakan bermula 6 sehingga 19 Julai iaitu di Kampung Jambatan Baru, Membakut di Beaufort dan Blok 6, Kampung Titingan di Tawau.

“Sementara itu, sebanyak 1,601 premis perniagaan telah diperiksa oleh Pihak Berkuasa Tempatan di bawah kawalan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

“Sebanyak 23 notis dan amaran dikeluarkan iaitu 15 di Telupid, enam (6) di Penampang, satu (1) di Kinabatangan dan satu (1) di Sandakan.

“Sebanyak 51 kompaun melanggar SOP COVID-19 telah dikeluarkan seluruh Sabah,” kata beliau.