
MENUMBOK, SABAH – Seramai 15 warga emas dan orang kurang upaya (OKU) suku kaum Tionghua menerima bantuan barangan keperluan harian dan wang tunai daripada Yayasan Nur Jauhar (YNJ).
Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni merangkap penasihat YNJ dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Pusat Kemahiran Masyarakat Menumbok.
Ketua Masyarakat Cina Daerah Kecil Menumbok, Teo Chun Liang berkata pemilihan penerima sumbangan telah ditapis sebaiknya agar menepati golongan sasar yang layak dan beliau mewakili para penerima menzahirkan ucapan terima kasih kepada YNJ dan rombongan Istana Seri Kinabalu.
Turut hadir, Penolong Setiausaha Kehormat YNJ, Datin Al Hanna Surya, Pegawai Daerah Kuala Penyu, Sebastian Ingkim dan Penolong Pegawai Daerah Kecil Menumbok, Abdul Karim A.M. Zahari. — JABATAN PENERANGAN SABAH





