ZAHID HAMIDI WAJAR DIGUGURKAN SEBAGAI PRESIDEN UMNO, ANNUAR MUSA SAHKAN WUJUD KERJASAMA...

ZAHID HAMIDI WAJAR DIGUGURKAN SEBAGAI PRESIDEN UMNO, ANNUAR MUSA SAHKAN WUJUD KERJASAMA GULINGKAN KERAJAAN PN HASIL KERJASAMA DENGAN ANWAR DAN DAP

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa mengesahkan Presiden UMNO Dato’ Seri Zahid Hamidi sebelum ini telah memberikan sokongan melalui surat yang telah ditandatangani untuk melantik Dato’ Sri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri yang ke-9 yang baharu sekaligus menggulingkan Kerajaan Perikatan Nasional(PN) yang turut dianggotai oleh Parti Barisan Nasional (BN).

Annuar Musa juga turut mengesahkan wujud perbincangan di antara pimpinan UMNO dengan Parti DAP untuk menubuhkan jajaran baharu bagi membentuk Kerajaan Malaysia yang baharu.

SURAT YANG DITANDATANGANI OLEH ZAHID HAMIDI TELAH DITULARKAN DI MEDIA SOSIAL BERHUBUNG PENGESAHAN MEMILIH ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PERDANA MENTERI (PM) KE-9…

Tan Sri Annuar Musa sebelum ini (kelmarin) telah dipecat sebagai Setiausaha Agung UMNO mengadakan sidang media rasmi tengah hari tadi (Rabu) untuk tampil membuat pengesahan mengenai kerjasama tersebut.

Tan Sri Annuar Musa dalam sidang medianya turut mengakui terkejut dengan pemecatan dirinya sebagai Setiausaha Agung UMNO dan beliau tetap menerima keputusan yang dibuat oleh Dato’ Sri Zahid Hamidi sambil mengucapkan jutaan terima kasih.

Ucapan Tan Sri Annuar Musa pada sidang media kelmarin yang mendedahkan Presiden UMNO, Dato Sri Zahid Hamidi bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dan DAP…

Mengakui tugasan sebagai Setiausaha Agung BN telah dilaksanakan dengan baik sambil mengakui telah mewujudkan suasana harmoni bukan sahaja di kalangan Parti komponen Barisan Nasional (BN) tetapi juga rakan-rakan sahabat dalam Parti Perikatan Nasional (PN).

Tan Sri Annuar Musa…

Annuar berkata “Saya juga sedar tugas Setiausaha Agung BN hanya boleh dilaksanakan dengan baik kalau sekiranya ada perasaan saling meyakini dan mempercayai di antara Pengerusi dan Setiausaha Agong.”

“Walaupun sememangnya wujud suasana sedemikian sebelum daripada ini, namun sejak kebelakangan ini suasana tersebut telah berubah berikutan beberapa perkara dan juga dasar-dasar yang menuntut saya mempertahankan prinsip dan pendirian politik saya secara tegas dan juga secara berterus terang.”

“Antara perkara-perkara tersebut ialah yang pertama apabila saya mendapat maklum dan dapat mengesahkan satu sokongan secara hitam putih telah diberikan oleh Pengerusi Barisan Nasional yang juga Presiden UMNO kepada Dato’ Sri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional yang juga dianggotai oleh Barisan Nasional.”

“Pada saya ini adalah satu benda yang sangat berat dan sangat besar, tetapi saya dan rakan-rakan memilih untuk tidak membangkitkan perkara ini kerana kita harap ianya tidak membawa permasalahan ataupun konflik kepada parti.”

“Namun saya tidak dapat menyembunyikan pendirian saya di mana saya berpandangan sokongan bertulis yang di alamatkan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertua Agong dengan menyatakan sebahagian wakil-wakil rakyat Barisan Nasional berjanji setia kepada Anwar Ibrahim dan menyokong Kerajaan ini dijatuhkan pada saya adalah satu perkara yang terlalu berat yang saya sebagai Setiausaha Agong Barisan Nasional saya tidak dapat mendokong keputusan yang sedemikian.”

“Ini adalah kerana perkara itu terlalu prinsip kerana ia merupakan satu keputusan parti secara rasmi di peringkat Biro Politik, Jawatankuasa Pengurusan, Majlis Tertinggi malah Perhimpunan Agong UMNO dan bila sokongan itu diberikan tanpa pengetahuan Parti walaupun dilakukan oleh seorang Pengerusi, pada saya ianya satu perkara yang saya tidak dapat melaksanakan perkara tersebut.”

“KEDUA saya mendapat berita secara sahih tempat dan tarikh, percubaan dan perundingan yang melibatkan Parti DAP dalam apa yang distilahkan sebagai percubaan membentuk jajaran baru.”

“Bukan soal sokong atau tidak sokong DAP, tetapi sebagai seorang Setiausaha Agong saya berpegang kepada keputusan Parti sehingga Parti mengubah maka keputusan yang ada adalah kekal.”

Dalam pada itu, beberapa ahli UMNO turut mencadangkan agar Ahli Majlis Tertinggi memecat Dato’ Seri Zahid Hamidi kerana telah berlaku KHIANAT terhadap keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dan DAP.

Zahid secara jelas telah melanggar keputusan AMT dan wajar DIPECAT.

Zahid Hamidi juga dicabar untuk menyaman Tan Sri Annuar Musa bagi menafikan mengenai sokongan terhadap Anwar Ibrahim dan kerjasama secara sulit dengan Parti DAP.