10 PELAJAR CEMERLANG STPM TERIMA ANUGERAH BKNS

10 PELAJAR CEMERLANG STPM TERIMA ANUGERAH BKNS

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menyampaikan anugerah Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) kepada 10 pelajar cemerlang STPM dalam satu majlis yang diadakan di Menara Kinabalu di sini, hari ini.

Hajiji turut memberi kata-kata semangat kepada pelajar CGPA 4.0 yang sempurna yang akan melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi tempatan…

Beliau berharap, mereka akan terus mencari kecemerlangan akademik dan membantu dalam pembangunan negeri selepas menamatkan pengajian.

Selain anugerah BKNS, pelajar berkenaan turut menerima RM3,000 setiap seorang sumbangan Ketua Menteri.

Penerima anugerah BKNS ialah Azza Nazeerah Norsidi (Maktab Sabah Kota Kinabalu), Fredelina Franklin Frankey (SMK St. Peter, Telipok), Mary Cassandra Christinus (SMK Limbanak, Penampang), Mohammad Haqim Roslan (SMK Tamparuli), Feiron Umpil @ Felix ( SMK Tambunan), Umm Zafirah Kaderi (SMK Usukan, Kota Belud), Krestyelah Ubid (SMK Ranau), Farrah Nurainn Fatman (SMK Kota Marudu), Norshafika Mohd Jul (SMK Abdul Rahim, Kudat) dan Chan Khor Yee (Kolej Darjah Enam Datuk) Pengiran Galpam (A) Sandakan).

Turut hadir Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr Mohd. Arifin Mohd. Arif dan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar.

Turut mengiringi pelajar itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Rosmadi Sulai, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Zainudin Aman, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Norlijah Danin dan Setiausaha Menteri Tugas-Tugas Khas, Sapdin Ibrahim.