11 PATI Ditahan Di Waterfront Kota Kinabalu

11 PATI Ditahan Di Waterfront Kota Kinabalu

0
SHARE

KOTA KINBALU, SABAH – Seramai 11 orang pendatang asing tanpa izin sama ada pelanggan ataupun pekerja di premis hiburan Waterfront sini ditahan pada Rabu.

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah melalui Operasi Gegar memeriksa seramai 137 orang dalam serbuan 11.30 malam itu.

Pengarahnya, Sh Sitti Saleha Habib Yusoff berkata yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki warganegara Indonesia serta empat orang lelaki dan enam wanita Warganegara Filipina.

“Kesemua PATI yang ditahan adalah berumur lingkungan diantara 22 sehingga 36 tahun…

“Kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta Akta Imigresen 1959/63.

“Operasi-operasi di premis hiburan seperti ini akan dipergiat dan diteruskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah untuk membanteras PATI khususnya yang disyaki terlibat dalam aktiviti-aktiviti tidak bermoral,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Tambahnya, Jabatan Imigresen Negeri Sabah akan terus komited dalam usaha untuk membanteras dan mencegah kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri Sabah dan memberi amaran kepada orang awam khusunya majikan agar mematuhi undang-undang dan peraturanperaturan Imigresen yang berkuatkuasa.