12,000 Penonton Hadir Meriahkan Konsert Rockmantic Night – Judika & The Gang

12,000 Penonton Hadir Meriahkan Konsert Rockmantic Night – Judika & The Gang

0
SHARE
Judika
Judika sekitar konsert Rockmantic Night - Judika & The Gang yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil ( Sumber Foto: Ihsan DAD Management )

KUALA LUMPUR – Seramai 12,000 orang penonton memeriahkan konsert Rockmantic Night – Judika & The Gang yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil anjuran Dua Anak Deo (DAD) Management, semalam.

Selain Judika atau nama sebenarnya Judika Nalom Abadi Sihotang, antara selebriti yang menyerikan konsert terbabit seperti Marsha Milan, Haqiem Rusli, Shila Amzah, Dnanda, Daniel Pattinama dan Dr. Axin

Di antara lagu-lagu yang dipersembahkan pada malam tadi adalah Sampai Kau Jadi Milikku, Kisah Yang Ku Inginkan (duet bersama Shila Amzah), Putus Atau Terus, Jikalau Kau Cinta, Cinta Karena Cinta dan lain-lain.

“Sebetulnya, saya sudah mempersiapkan diri selama tiga hari berturut-turut sewaktu latihan kerana mahu memberikan yang terbaik untuk semua.

“Hasilnya semua yang hadir sangat gembira dan merasa ‘cinta’ yang saya tonjolkan pada malam ini, lebih istimewa kerana keluarga juga berpeluang melihat sendiri konsert sebesar ini yang pertama di Malaysia dan ia merupakaan kebangaan buat saya.

“Terima kasih sesungguhnya buat penonton yang hadir, ‘team’ yang terlibat, artis-artis undangan dari Malaysia dan juga Indonesia, serta kepada para penaja yang menjayakan konsert pada malam ini,” katanya.