130 KETUA BAHAGIAN UMNO MAHU ZAHID LETAK JAWATAN

130 KETUA BAHAGIAN UMNO MAHU ZAHID LETAK JAWATAN

0
SHARE

PETALING JAYA – Ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semalam mendakwa terdapat gerakan yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Hasan dan Datuk Seri Najib Razak untuk mendesak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai presiden parti.

Dalam sidang akhbar yang berlangsung lebih satu jam setengah, beliau mendakwa terdapat lebih 130 tandatangan daripada ketua-ketua bahagian untuk satu memorandum bagi mendesak peletakan jawatan Ahmad Zahid.

“Kajian awal dalaman parti menunjukkan bahawa langkah ini disokong oleh 130 daripada 191 ketua bahagian Umno dalam satu mesyuarat yang diadakan dalam rumah saya pada Mei 2020.

“Tujuan mesyuarat ini adalah untuk merangka memorandum untuk mendesak Zahid meletakkan jawatan sebagai presiden parti demi kepentingan Umno…

“Jadi, kita bersetuju pada mesyuarat ini bahawa kita perlu merangka memorandum ini…

Tok Mat memimpin dan kemudian ‘bossku’,” katanya merujuk kepada Mohamad dan Najib.

Selain Mohamad dan Najib, Tajuddin mendakwa pertemuan di rumahnya itu turut dihadiri beberapa pemimpin terkenal termasuk Naib Presiden Umno Datuk Seri Khaled Nordin.

Tajuddin turut menunjukkan kepada pemberita gambar pertemuan sulit di rumahnya sambil berkata beliau boleh mendedahkan nama 130 ketua bahagian Umno yang menyokong Ahmad Zahid meletakkan jawatan sebagai presiden parti.

Menurut Tajuddin, terdapat kira-kira 18 ketua bahagian di Perak dan 18 di Selangor yang menyokong perkara ini.

Walaubagaimanapun, katanya rancangan menyerahkan memorandum itu kepada Zahid gagal apabila beliau diugut oleh “budak Zahid”.

Bagi Najib pula, Tajuddin berkata Ahli Parlimen Pekan ketika itu berhasrat menjadi Pengerusi Barisan Nasional.

“Kalau Zahid sayang kepada parti maka tiba masanya beliau melepaskan jawatan Presiden…

“Jawatan Presiden ini sepatutnya disandang Perdana Menteri seperti tradisi diamalkan sejak zaman Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Inilah apa yang berlaku sekarang. Sesetengah orang akan menggunakan kuasa dalam parti untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri.

“Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sepatutnya menjadi Perdana Menteri. UMNO patut melaksanakan undian mengenai perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini mengesahkan telah menghadiri mesyuarat itu dalam kalangan pemimpin kanan Umno pada pertengahan 2020 itu.

Menurut laporan The Vibes, mesyuarat itu diadakan bagi menggesa Zahid untuk meletak jawatan sementara sebagai presiden parti sehingga perbicaraan rasuahnya yang sedang berjalan selesai.

“Ya, memang benar, saya ada di sana, di rumah Tajuddin. Pada masa awal Zahid didakwa di mahkamah, dan pada pertemuan itu, kami bersetuju Tok Mat menjadi pemangku presiden,” katanya.

Beliau turut mendakwa sudah sekian lama Zahid hilang kemampuan mengemudi parti berkenaan.

“Kami menyokong Anwar kerana Dr Mahathir ketika itu berhasrat untuk membubarkan Umno…

“Jadi, saya secara peribadi bercakap dengan Anwar, dan saya tahu dia seorang yang adil…

“Saya merayu kepadanya untuk tidak membubarkan Umno jika dia dilantik sebagai perdana menteri yang mana dia bersetuju dengan mengatakan dia tidak berhasrat untuk membubarkan parti yang bapanya sendiri adalah sebahagian daripadanya,” kata Nazri.

Ketika diminta mengulas mengenai sidang akhbar Tajuddin, Nazri menyokong ahli parlimen Pasir Salak itu, berkata ia adalah haknya untuk meluahkan keluhannya sendiri.

“Saya tidak fikir apa yang dia lakukan adalah keterlaluan, kerana di Malaysia, kita tidak boleh bercakap tentang kebebasan bersuara sahaja, kita juga perlu mengamalkannya.

“Jadi, dia hanya mengamalkan kebebasan bersuara dan haknya untuk bersuara,” tambahnya.