SEMPORNA: Sebanyak 28 buah rumah atas air di Lorong 3, Kampung Simunul, dilaporkan telah roboh Khamis.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air Semporna, Mohd Akhimullah Adan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12.02 tengah hari.
Jelas beliau, seramai enam anggota telah dihantar ke lokasi kejadian dengan bantuan lima anggota lagi dari BBP Semporna.
“Setibanya pasukan keluaran operasi di tempat kejadian, didapati benar terdapat rumah yang roboh dianggarkan sebanyak 28 buah rumah atas dengan keluasan 0.5 ekar.
“Pasukan operasi kemudian bertindak memastikan sertq membuat pengungsian di kawasan kejadian dan mangsa dikumpulkan di kawasan Dewan Kampung Simunul,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau turut melaporkan tiada mangsa yang cedera dan seterusnya operasi ditamatkan pada jam 5.30 petang.






