29 Orang Awam Terbunuh Diserang Oleh Pakatan AS

29 Orang Awam Terbunuh Diserang Oleh Pakatan AS

0
SHARE

BEIRUT – Serangan pakatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) di Raqa, utara Syria, membunuh 29 orang awam dalam tempoh 24 jam, menurut kumpulan pemerhati yang berpejabat di Britain semalam.

Memetik kenyataan akhbar Harian Metro, satu laporan daripada AFP mengatakan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) bahawa embilan wanita dan 14 kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara pakatan tentera di Raqa sejak lewat Isnin lalu.

SOHR turut mendakwa 14 yang maut adalah dari satu keluarga dan menjangka jumlah kematian akan meningkat disebabkan ramai mangsa yang cedera dalam keadaan kritikal.

Perang pakatan tentera diketuai AS terhadap Daish di Syria serta Iraq memasuki tahun keempat Selasa lalu.

AS menyokong pakatan Arab-Kurdis yang berusaha mengusir Daish dari Raqa, kubu utama militan itu di Syria.

SOHR yang bergantung kepada rangkaian di Syria sebagai sumber berita kerap melaporkan kematian dalam kalangan orang awam akibat serangan udara pakatan tentera berkenaan.

Menurutnya, pihak yang bertanggungjawab dikenal pasti berdasarkan pesawat yang digunakan untuk melancarkan serangan, selain lokasi, cara penerbangan dan senjata digunakan.

Lebih 330,000 terbunuh di Syria sejak perang saudara tercetus susulan tunjuk perasaan secara aman pada Mac 2011.