TAWAU, SABAH – Polis daerah ini menahan seorang penganggur tempatan dan merampas 2.01 kilogram syabu bernilai RM120,000 selepas berlakunya adegan kejar mengejar di sini pada malam Isnin.
Polis berkata suspek lelaki, 30, memecut dalam sebuah kereta MyVi ketika ditahan dalam sekatan jalan raya polis di Jalan Tiku pada jam 7.30 malam.
Polis akhirnya memintas kereta itu di simpang Taman Megah Jaya 10 dalam lima minit…
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata dua bungkusan dadah tersebut disembunyikan di bawah tempat duduk pemandu.
“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti fungsi suspek dalam sindiket. Walaubagaimanapun, suspek negatif dalam penggunaan dadah dan tidak memiliki sebarang jenayah lampau.
“Kes disiasat mengikus Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek akan direman sehingga Isnin (10 Okt).