32 Masjid Di DUN Lumadan Disanitasi Bagi Membendung Penularan COVID-19

32 Masjid Di DUN Lumadan Disanitasi Bagi Membendung Penularan COVID-19

0
SHARE
Hj Ruslan (empat dari kiri) bersama dengan JHEAINS, Jawatankuasa Masjid, JPKK dan sukarelawan bomba Pekan Gadong menjalankan kerja-kerja sanitasi, di Masjid Pekan Mukim Gadong...

BEAUFORT, SABAH – Sejumlah 32 masjid dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan akan disanitasi untuk membendung penularan COVID-19, selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Haji Ruslan Muharam menyambut baik program seumpama ini demi kebaikan penduduk di sini.

Masjid Pekan Mukim Gadong merupakan masjid pertama disanitasi. Kerja sanitasi tersebut juga akan diteruskan ke 31 masjid yang lain dan akan dijalankan dari masa ke semasa.

“Ia dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAINS), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan sukarelawan Bomba Pekan Gadong,” kata Ruslan dalam satu kenyataan hari ini.

Haji Ruslan turut serta menjalankan kerja sanitasi Masjid Pekan Mukim Gadong…

Ruslan juga menyeru penduduk di daerah Beaufort untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa untuk kebaikan semua.

Beliau berkata, walaupun kes jangkitan di daerah Beaufort semakin dalam trend menurun, namun usaha pencegahan akan terus dilakukan.