3M Fokus Utama Pendidikan Awal – Arifin

3M Fokus Utama Pendidikan Awal – Arifin

0
SHARE
Arifin
Arifin ketika ditemui media ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) menjadi fokus utama sistem pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata kerajaan ingin memastikan anak-anak sifar untuk kegagalan dalam 3M.

“Insya-Allah kita akan mencari jalan (resolusinya) tapi apapun kita akan dapatkan juga laporan hasil daripada kajian secara menyeluruh di peringkat persekutuan dan saya juga akan dapatkan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KSTI.

Pada acara tersebut, seramai 300 tetamu dari pelbagai agensi di bawah KSTI hadir memeriahkan majlis yang bertujuan mengeratkan silaturahim itu.

Turut hadir, Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Datuk Dr Omar Raisul As-Salam Syah Datuk Sulaiman Omar, Setiausaha Tetap KSTI, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim dan Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, Ahadin Arinen. — JABATAN PENERANGAN SABAH