
ISLAMABAD – Periuk api yang meletup di daerah Sibi dekat Balochistan, Pakistan, malam tadi menyebabkan LIMA (5) individu, maut manakala LIMA (5) lagi cedera.
Timbalan Komisioner Polis, Yasir Khan Bazai berkata, letupan berlaku selepas kenderaan membawa pekerja melanggar periuk api di kawasan Babar Kach.
Memetik laporan Bernama, pasukan penyelamat serta pihak berkuasa bergegas ke tempat kejadian dan membawa mangsa ke hospital berdekatan, lapor agensi berita Xinhua.
“Empat pekerja maut di tempat kejadian manakala yang lain mengalami kecederaan,” kata pegawai kerajaan sambil mendedahkan mereka yang cedera kini dalam keadaan stabil.
Kata pegawai itu lagi, individu tidak bertanggungjawab menanam periuk api di laluan itu dan letupan besar berlaku apabila kenderaan melalui jalan berkenaan.
Pasukan keselamatan turut melancarkan operasi di kawasan sekitar namun setakat ini tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab.