50 Penghuni Selamat, Seorang Cedera Ringan Dalam Kebakaran Rumah Pekerja di Tuaran

50 Penghuni Selamat, Seorang Cedera Ringan Dalam Kebakaran Rumah Pekerja di Tuaran

0
SHARE

TUARAN: Seramai 50 penghuni berjaya diselamatkan dalam kebakaran membabitkan deretan rumah pekerja 70 pintu di Taman Seri Lemawang, Jalan Tuaran awal pagi Khamis.

Dalam kejadian sekitar jam 5.45 pagi itu, rumah tidak kekal berkeluasan kira-kira satu ekar itu musnah sepenuhnya dalam kebakaran.

Seorang lelaki berusia lingkungan 60-an mengalami kecederaan ringan selepas terkena zink ketika cuba menyelamatkan diri.

Mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 11 kilometer dari balai.

Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6.28 pagi dan operasi ditamatkan pada 7.52 pagi.

Pasukan bomba menggunakan dua aliran 200 kaki dan empat pancutan air dari jentera serta water tanker dengan kaedah pemadaman ofensif dan defensif.