Tiga Menteri Tidak Diumum Sebagai Calon Pilihan Raya Sabah

Tiga Menteri Tidak Diumum Sebagai Calon Pilihan Raya Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU: Setakat ini, tiga anggota Kabinet Sabah tidak diumumkan sebagai calon bagi mana-mana parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah.

Mereka termasuk Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Christina Liew (Api-Api), Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim (Tamparuli).

Shahelmey, yang juga Ahli Parlimen Putatan, tidak disenaraikan selepas keahlian Umno beliau digantung enam tahun sejak 2023. 

Untuk Tanjung Keramat, BN mengumumkan Jeffery Nor Mohamed manakala GRS menamakan adik Shahelmey, Shah Alfie Yahya.

Christina Liew digantikan PKR dengan Thonny Chee, manakala Jahid Jahim masih menunggu keputusan GRS bagi Tamparuli.

Tarikh penamaan calon ditetapkan 15 November, pengundian awal pada 25 November, dan hari pengundian pada 29 November.