8 Pelajar BMRI Dan FSSA UMS Jalani Latihan Industri Akuakultur Di Jepun

8 Pelajar BMRI Dan FSSA UMS Jalani Latihan Industri Akuakultur Di Jepun

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – LAPAN (8) pelajar dari Institut Penyelidikan Marin Borneo (BMRI) dan Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) sedang menjalani latihan industri akuakultur selama tiga bulan di Jepun.

Ketua Program Akuakultur BMRI UMS Prof Madya Dr Abentin Estim berkata para pelajar itu ditempatkan di Nagasaki Eel Farm, Olive Suissan and Tanoura Fisheries Cooperative, yang cukup dikenali dengan kejayaan mereka dalam bidang akuakultur bermula 3 Mei lepas hingga 25 Julai ini.

Beliau berkata program itu akan membekalkan pelajar berkenaan, yang merupakan kumpulan pelajar akhir tahun Progran Ijazah Akuakultur, dengan pengalaman secara langsung dalam pelbagai kaedah-kaedah akuakultur dan teknologi terkini dalam bidang berkenaan.

“Kita benar-benar berharap agar dapat melihat bagaimana pelajar-pelajar ini dapat mengaplikasi ilmu pengetahuan yang diperoleh mereka bagi membantu industri ini dalam negara, apabila mereka kembali ke tanah air nanti…

“Mereka ini merupakan kumpulan pelajar akuakultur ke-20 yang mendapat manfaat daripada kesediaan industri dan institusi di Jepun untuk bekerjasama,” kata Abentin dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata semasa di Jepun, pelajar berkenaan juga aakan memperolehi peluang yang mencukupi bagi mempelajari tradisi, kebudayaan dan etika profesional masyarakat Jepun.

– BERNAMA