848 Keluarga Di Lumadan Terjejas Banjir Terima Bantuan

848 Keluarga Di Lumadan Terjejas Banjir Terima Bantuan

0
SHARE

BEAUFORT, SABAH – Seramai 848 ketua isi rumah (KIR) telah menerima sumbangan bantuan makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Haji Ruslan Muharam.

Ruslan berkata, sumbangan disalurkan kepada mereka yang terjejas termasuk 25 keluarga dari kampung Suasa dan Bangkalalak yang telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di kawasan berkenaan.

Ruslan menerima borang keahlian daripada ahli baharu kelmarin…

Katanya, kebanyakan mangsa banjir telah terputus hubungan kerana jalan kampung dinaiki air, selain semua tanaman pertanian mereka turut terjejas.

Ruslan mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Daerah Beaufort selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah dan juga semua agensi kerajaan terlibat.

Banjir besar telah melanda kawasan Beaufort pada 24 Mac lalu dan sehingga kini, penduduk sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Penduduk Lumadan perlu sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir lagi,” ujarnya.