Zahid Hormati Keputusan UMNO Sabah Dan GRS Mencalonkan Hajiji Ketua Menteri Sabah...

Zahid Hormati Keputusan UMNO Sabah Dan GRS Mencalonkan Hajiji Ketua Menteri Sabah Baharu

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghormati keputusan UMNO Sabah yang sepakat dengan parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk mencalonkan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Ahmad Zahid berkata, beliau dimaklumkan oleh Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin setelah rundingan dibuat di kalangan ADUN-ADUN GRS yang menang yang mana akhirnya mereka semua bersepakat untuk mencalonkan Datuk Hajiji Bin Noor demi memastikan kepentingan rakyat Sabah dapat segera diperjuangkan setelah diabaikan oleh Kerajaan Warisan sebelum ini.

“Saya hormati keputusan tersebut atas dasar semangat autonomi UMNO Sabah yang telahpun dipersetujui bersama…

“Semoga kerajaan baharu yang dibentuk ini dapat segera memberi tumpuan kepada pelbagai agenda untuk membela kepentingan rakyat Sabah sebagaimana yang termaktub dalam Akujanji GRS,” kata Ahmad Zahid.

Sebelum ini, beliau menegaskan bahawa jawatan Ketua Menteri Sabah seharusnya diserahkan kepada UMNO sebagai parti individu yang memenangi jumlah kerusi DUN terbesar dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) iaitu UMNO/BN; 14 Kerusi, PPBM; 11 Kerusi, STAR; 6 Kerusi dan PBS; 7 Kerusi.