Perkhidmatan Tajuddin Sebagai Pengerusi Prasarana Ditamatkan Serta-Merta Selepas Dikecam Teruk Ramai Pihak

Perkhidmatan Tajuddin Sebagai Pengerusi Prasarana Ditamatkan Serta-Merta Selepas Dikecam Teruk Ramai Pihak

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuat kuasa serta merta.

Kerajaan bersetuju menamatkan perkhidmatan Ahli Parlimen Pasir Salak itu melalui sepucuk surat yang ditandatangani Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Dalam surat yang tular dalam media sosial itu, Tengku Zafrul berkata beliau mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan Tajuddin kepada Prasarana sepanjang memegang jawatan itu.

Tular surat di media sosial yang jelas menyatakan perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuat kuasa serta merta…

Prasarana merupakan sebuah syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan).

Tajuddin dilantik ke jawatan itu berkuat kuasa 11 Mei 2020 bagi menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim yang meletakkan jawatan pada 7 Mei 2020.

Sebelum ini, Tajuddin mendapat kecaman teruk daripada ramai pihak sehingga wujud satu petisyen yang mendesak beliau meletak jawatan Pengerusi Prasarana itu.

Petisyen yang dibuat rakyat Malaysia yang mendesak Tajuddin meletak jawatan Pengerusi Prasarana…

Ini susulan kenyataannya yang dikatakan tidak bersimpati dengan mangsa kemalangan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya ketika mengadakan sidang media selepas melawat lokasi kemalangan itu semalam.

Dalam kejadian 8.45 malam Isnin lepas, seramai 47 penumpang dilaporkan cedera parah manakala 166 mengalami kecederaan ringan, apabila sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji, bertembung di dalam terowong antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC