Pelaksanaan PKP 3.0 Di Sabah Turut Dilanjutkan Sehingga 28 Jun Ini –...

Pelaksanaan PKP 3.0 Di Sabah Turut Dilanjutkan Sehingga 28 Jun Ini – KM Hajiji

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) di Sabah turut dilanjutkan hingga 28 Jun ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata keputusan itu setelah penilaian dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (COVID-19) Sabah yang telah bermesyuarat pada jam 3.00 petang hari ini (Sabtu).

“Keputusan ini diambil sebagai langkah membendung peningkatan jangkitan COVID19 di negeri ini,” kata beliau.

Terdahulu pada Khamis, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam sebuah sidang khas yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menemui kesimpulan yang sama untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 dalam negara.