HANYA KERANA MAYOR SEORANG WANITA, PEMIMPIN PARTI WARISAN SANGGUP MAKI ‘OTAK UDANG’

HANYA KERANA MAYOR SEORANG WANITA, PEMIMPIN PARTI WARISAN SANGGUP MAKI ‘OTAK UDANG’

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Hanya kerana Mayor Kota Kinabalu seorang wanita, sikap yang terlalu melampau ditunjukkan oleh pemimpin Parti Warisan dan juga pimpinan Datuk Azis Jamman Ahli Parlimen Sepanggar yang mana sanggup memaki dengan panggilan ‘OTAK UDANG’ kepada Mayor.

“Mungkin kalau Mayor DBKK seorang lelaki, mereka tidak akan melakukan perkara begitu,” demikian di antara bait-bait luahan aktivis wanita yang kecewa selepas video pemimpin Parti Warisan memaki Mayor KK dengan panggilan ‘OTAK UDANG’ tular di media sosial Facebook.

Datuk Bandar (Mayor) Kota Kinabalu, Puan Noorliza Awang Alip…

Video yang berdurasi 2 minit 51 saat tersebut tular sejak kelmarin di media sosial Facebook dan mendapat kecaman dari netizen.

 

 

 

 

 

 

 

Pemimpin Warisan marah susulan tidak dibenarkan memasuki menghantar bantuan bekalan makanan mentah ke kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikuatkuasakan di Kampung Likas.

Dalam pada itu, memetik kenyataan Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu Puan Musliati Moslimin, sepatutnya bakul makanan yang ingin diagihkan kepada penduduk di Kampung Likas boleh diserahkan kepada petugas barisan hadapan (frontliners) yang mengawal kawasan PKPD tersebut.

“Bila kawasan tu PKPD, maksudnya orang luar yang tidak berkaitan tidak boleh masuk dan keluar di kawasan tersebut. Risiko untuk kamu bawa keluar virus itu keluar sangat tinggi bah…

“Mereka hanya patuh SOP sebab tu kamu dilarang untuk keluar masuk…Kamu marah kah! kamu kutuk kah! orang tu (Mayor) dia hanya menjalankan amanah sebab kalau ada kluster baru timbul di kawasan berkenaan bukan kamu yang akan bertanggungjawab tetapi dia sebagai orang yang memegang tanggungjawab,” ujarnya lagi.

Kenyataan Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu Puan Musliati Moslimin yang dimuatnaik pada Facebook miliknya berhubung isu larangan masuk ke kawasan PKPD untuk menghantar bantuan…

Pada masa yang sama, menurut Gabungan NGO BEBAS Suara dalam satu kenyataan berkata, pemimpin Parti Warisan sangat melampau dan BIADAP.

“Kami ingin bertanya adakah ahli-ahli Parti Warisan kesemuanya lelaki dan tidak dibarisi oleh kepimpinan wanita?…

“Adakah mereka tidak mempunyai ibu?.

“Kami sedar Mayor KK seorang wanita, tetapi memaki beliau hanya kerana melihatnya sebagai seorang wanita sangat tidak boleh diterima dan dimaafkan.”

“Justeru kalau kumpulan wanita marah kepada Parti Warisan kerana insiden biadap ini, ianya memang sesuatu yang wajar,” BEBAS berkata lagi.