KOTA KINABALU, SABAH – SEPULUH (10) lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mana kebanyakan tempat berada di kawasan sekitar Patikang Ulu di Keningau.
Sementara itu 298 KES baharu positif COVID-19 dicatatkan kelmarin (Isnin) iaitu berlaku peningkatan sebanyak 27 kes berbanding sebelum ini.
DUA (2) kematian juga dilaporkan masing-masing di daerah Lahad Datu dan Papar.
Jurucakap COVID-19 negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata saringan kluster dan kontak rapat menyumbang kepada 70% daripada kumulatif harian kes yang dicatatkan kelmarin.

Lokaliti yang akan dikenakan PKPD termasuk Taman Muhibbah Fasa 1,2 dan 3 di Beaufort, Kampung Patikang Ulu, Kilang dan Kuarters Focus Lumber, Veracity, Hasil Jadi, Pusat Memandu IDA dan Penempatan warga Indonesia di Keningau, Kampung Madsiang, Kobusak dan Apartment Beverly Hills Fasa 2 di Penampang.
“PKPD akan berkuat kuasa di lokasi tersebut bermula dari 14 sehingga 27 Julai,” kata Masidi.





