ALABAMA, AMERIKA SYARIKAT – Seorang pegawai polis di sini mencetuskan fenomena apabila menjadi sensasi dan tular di laman media sosial kerana memiliki wajah yang seiras dengan bintang filem Hollywood, Dwayne Johnson.
Pejabat Sheriff Morgan County baru-baru ini menyiarkan gambar Leftenan Patrol County Morgan, Eric Fields yang bersandar pada sebuah van sambil membuat perbandingan dengan bekas ahli gusti profesional WWE iaitu ‘The Rock’ di laman media sosial Facebook pada minggu lalu.
Gambar yang dimuat naik itu telah menarik lebih dari 200 ratus komen dan telah ‘disukai’ lebih dari 2,000 acara dari pengguna Facebook yang setuju dengan kemiripan dengan aktor ‘The Rock’.
“Dwayne The Cop Johnson…
“Wah! Dia boleh berganding bersama Rock! Orang jahat jangan main-main dengannya!” kata seorang pengguna Facebook dalam ruangan komen gambat tersebut.

Selain itu, gambar yang tular itu juga telah dikongsi oleh pengguna TikTok dengan satu video yang mengumpulkan lebih dari 1.4 juta tontonan.
Baru-baru ini pada minggu lalu, Pejabat Sheriff Morgan County sekali lagi menyiarkan foto Fields bersama “peminat” yang baru sahaja bertemu dengannya.
Menurut Alabama.com, seorang rakannya yang berada di Walmart tempatan telah memberitahu seseorang bahawa dia mempunyai rakan sekerja yang kelihatan seperti ‘The Rock’.
Mengetahui perkara itu, “peminat” tersebut menjadi teruja kerana dapat berjumpa dengan orang yang diminatinya itu. Fields yang datang menemuinya secara langsung bertindak tidak mahu mengecewakan “peminat” itu dengan melayan dan bergambar memandangkan kemiripan wajahnya dengan ‘The Rock’.

“Saya tidak mahu mengecewakan sesiapa pun…
“Saya hanya merancang untuk menjadi saya. Saya akan memotongnya. Saya seorang pemotong besar. Sekiranya ia muncul dan seseorang mengatakannya, saya akan bermain bersama. Saya benar-benar tidak boleh menjadi orang lain kecuali saya. Saya gembira kerana saya dapat menjadi sebahagian daripada kebahagiaan dan tawa seseorang,” kata Fields.
Fields, 37, ketika dihubungi media The Birmingham News, dia memaklumkan bahawa wajahnya yang mirip dengan Dwayne Johnson (The Rock), 49, telah lama menjadi “jenaka” dan perbualan di kalangan rakan-rakannya.
MenurutĀ The News, Fields telah bekerja di Pejabat Sheriff County Morgan selama 17 tahun termasuk di penjara, dalam siasatan, di unit mangsa khas dan dengan kanak-kanak yang terancam dadah sebelum dilantik sebagai Wakil Marshal AS.
Dia yang juga berperanan sebagai instruktur senjata api, kemudian dinaikkan pangkat menjadi koperal, sebelum bekerja dari Sarjan menjadi Leftenan untuk melakukan rondaan yang mana dalam kedudukannya sekarang, dia mengendalikan latihan taktikal.





