Minum Air Coca-Cola Dengan Pantas Punca Seorang Lelaki Maut

Minum Air Coca-Cola Dengan Pantas Punca Seorang Lelaki Maut

0
SHARE

BEIJING, CHINA – Seorang lelaki di sini yang berusia 22 tahun meninggal dunia selepas meminum sebotol air minuman berkarbonat Coca-Cola.

Menurut sumber yang dipetik New York Post, lelaki yang tidak didedahkan identitinya oleh pihak berkuasa dan perubatan telah meminum minuman berkenaan sebanyak 1.5 liter secara pantas dalam tempoh 10 minit.

Kesan daripada itu, pasukan perubatan mendedahkan bahawa penghasilan gas yang pantas di dalam badan lelaki itu menyebabkannya meninggal dunia selain daripada memberi kesan kepada kadar oksigen dalam hati.

Terdahulu, mangsa difahamakan telah pergi ke sebuah hospital di Beijing enam jam selepas meminum air minuman tersebut, selepas mengadu berasa sakit dan perutnya membengkak.

Dia memaklumkan kepada doktor bahawa telah meminum sebotol air berkarbonat Coca-Cola dengan pantas untuk menghilangkan rasa dahaga akibat cuaca panas ketika itu.

Minuman tersebut diteguk terlalu cepat sehingga menyebabkan gas berkumpul dalam usus lelaki berkenaan, menyebabkan salah satu saluran darah utama ke bahagian hatinya bocor akibat tekanan.

Penumpukan gas juga terdapat di dinding usus 22 tahun, dengan anak panah tipis menunjukkan penumpukan di tiga lokasi di usus lelaki itu. Anak panah yang tebal menunjukkan gas juga terdapat pada urat mesenterik yang unggul, yang mengambil darah dari usus…(Sumber Foto; New York Post)

Penulis utama bagi laporan kes tersebut, Qiang He, menyatakan bahawa kakitangan perubatan segera berusaha untuk melepaskan gas dari sistem pencernaan lelaki itu.

Dia juga diberi ubat untuk membantu melindungi hatinya selain beberapa ikhtiar untuk menstabilkan fungsi badan yang lain daripada mengalami kerosakan selanjutnya.

Selepas 12 jam, ujian darah menunjukkan lelaki itu mengalami kerosakan hati yang serius. Keadaannya semakin merosot dan akhirnya didapati meninggal dunia 18 jam selepas menerima rawatan.