LONDON – Menjadikan minum kopi atau teh sebagai rutin harian boleh membantu seseorang individu mengurangkan risiko menjadi nyanyuk dan terkena serangan strok, demikian menurut satu hasil kajian yang diterbitkan dalam jurnal PLOS Medicine.
United Press International melaporkan bahawa individu yang meminum dua hingga tiga cawan kopi atau tiga hingga lima cawan teh sehari adalah 20 peratus (20%) kurang berisiko untuk terkena serangan strok atau menjadi nyanyuk berbanding mereka yang tidak meminum kedua-dua jenis minuman itu.
Pengambilan kopi sahaja atau dicampurkan dengan teh turut dikaitkan dengan risiko selepas strok yang rendah atau gejala nyanyuk yang berlaku selepas strok sehingga 40 peratus (40%).
Dalam pada masa yang sama, sekumpulan penyelidik dari Universiti Perubatan Tianjin di China turut mendedahkan kajian meeka bahawa pengambilan kopi dan teh yang sederhana dikaitkan dengan kurang berisiko untuk terkena serangan strok dan nyanyuk.





