BAITULMAQDIS – Kerajaan Israel semalam berkata, pihaknya bakal memulakan menawarkan suntikan vaksin COVID-19 dos keempat kepada golongan paling rentan.
Memetik laporan Bernama, dos berkenaan akan diberikan selepas mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan, lapor Agensi Anadolu (AA).
Pada 27 Disember, sebuah pusat penyelidikan di Tel Aviv mengumumkan bahawa mereka telah memulakan kajian terhadap keberkesanan vaksin dos keempat.
Seramai 6,000 orang termasuk petugas kesihatan dijangka mendapat suntikan terbaharu itu.





