NASA Mahu Kitar Semula Najis Angkasawan

NASA Mahu Kitar Semula Najis Angkasawan

0
SHARE

WASHINGTON, AS – Satu cabaran penyumberan ramai (crowdsourcing) bagi mencari idea terbaik untuk menukar najis angkasawan menjadi bahan berharga telah dianjurkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Projek yang digelar ‘Space Gold’ itu akan mengitar semula bahan buangan manusia termasuk najis, gas karbon dioksida yang dihembus daripada nafas, sampah-sarap dan plastik pembungkusan buih menjadi produk berharga…

Memetik laporan Daily Star, projek itu bertujuan untuk membantu angkasawan menyertai misi-misi angkasa dalam tempoh masa lebih lama tanpa dihadkan kepada kuantiti sumber-sumber yang boleh dibawa dari Bumi.

Menurut NASA, hadiah bernilai AS$24,000 (RM100,501) bagi individu atau pasukan yang berjaya memberikan idea terbaik ditawarkan dalam cabaran Waste to Base Materials Challenge: Sustainable Reprocessing in Space itu.

Manakala, hadiah tambahan bernilai AS$1,000 (RM4,187) akan diberikan bagi peserta yang memberikan idea terbaik dalam setiap kategori.

Antara kategori projek tersebut adalah najis, karbon dioksida, sampah-sarap dan bahan pembungkusan buih.

Buat masa ini, beberapa aktiviti kitar semula telah dilaksanakan di mana angkasawan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) menggunakan sistem air kitar semula sejak 2009.