KOTA KINABALU, SABAH – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengarah sebuah gerai di Anjung Perdana, Teluk Likas, di sini, untuk tutup selama seminggu selepas tular baru-baru ini gambar seekor anjing yang sedang menikmati sisa makanan di atas meja makan.
Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie berkata Unit Vektor Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB) DBKK telah mengambil tindakan serta merta bagi menangkap anjing-anjing yang berada di kawasan berkenaan.
“Setiap penyewa gerai adalah bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan di kawasan gerai mereka sentiasa terjaga
agar kejadian seumpama ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang,” tegasnya dalam sebuah kenyataan semalam.
Menrutnya, kerja-kerja pembersihan dan menyamak peralatan di gerai berkenaan juga sedang giat dilaksanakan oleh peniaga gerai tersebut.





