Tiada Duit Sewa Ambulans, Bapa Terpaksa Gendong Jenazah Anak Guna Motosikal

Tiada Duit Sewa Ambulans, Bapa Terpaksa Gendong Jenazah Anak Guna Motosikal

0
SHARE

JAKARTA, INDIA – Kerana kesusahan dari segi kewangan, seorang bapa terpaksa menggendong mayat bayinya yang baru dilahirkan menggunakan motosikal, lapor Suara.com.

Ini kerana Asdar, 29, hanya mempunyai wang berjumlah 600,000 rupiah (RM174.94) pada ketika itu, manakala kadar sewa sebuah ambulans adalah 700,000 rupiah (RM204.10).

Disebabkan hanya mempunyai wang sebanyak itu, dia merayu agar pihak hospital memberi kelonggaran kepadanya…

memandangkan jenazah bayinya perlu dikebumikan segera kerana waktu ketika itu adalah pukul 9 malam (waktu tempatan).

Bagaimanapun, pihak hospital berkata, jumlah wang sewaan tersebut telah ditetapkan dan mengikut peraturan hospital. Ia membuatkan Asdar tidak mempunyai pilihan lain selain membawa mayat bayinya menggunakan motosikal.

Perjalanan membawa pulang bayinya yang lahir dalam keadaan pramatang itu memakan jarak sekitar 70 kilometer dari daerah Bone ke daerah Sinjai.

Dia dikatakan menggendong mayat tersebut sambil membonceng motosikal dengan bantuan abangnya.

Selepas kejadian itu menjadi tular, pihak Hospital Datu Pancaitana daerah Bone mengeluarkan kenyataan dengan berkata bahawa terdapat salah komunikasi antara petugas hospital dan Asdar.

Pihak hospital mendakwa bahawa mereka telah bersetuju untuk melonggarkan jumlah pembayaran sewa yang sepatutnya berjumlah 700,000 rupiah (RM204.10), namun lelaki itu menolak tawaran tersebut.

Pemandu kereta jenazah juga didakwa sempat mengejar motosikal Asdar, namun lelaki itu meminta agar mayat anaknya dibawa sendiri menggunakan motosikal.