KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibenarkan pulang dari Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 8.40 pagi tadi.
Hospital separa swasta itu dalam sebuah kenyataan berkata bekas perdana menteri itu akan berehat dan beransur pulih di rumah.
“Tun Dr Mahathir serta Tun Dr Siti Hasmah turut mengucapkan penghargaan buat semua pihak yang mendoakan kesihatannya sepanjang menjalani rawatan di IJN,” katanya.
Tun dimasukkan ke dalam wad institut berkenan sejak bulan lalu selepas menjalani pembedahan elektif pada 9 Januari.
“Saya balik ke rumah setiap hari, dari pagi hingga petang dan akan balik ke hospital kerana ada prosedur yang perlu diteruskan,” katanya di akaun media sosial beliau.
Difahamkan pengerusi Parti Pejuang Tanah Air itu perlu kembali bermalam di IJN bagi tujuan menjalani rawatan pemulihan yang melibatkan sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut.





