UFO Didakwa Melawat Sebuah Ladang Di Taiwan

UFO Didakwa Melawat Sebuah Ladang Di Taiwan

0
SHARE

TAIWAN – Satu video objek terbang tidak dikenali ‘UFO’ dikatakan telah melawat sebuah ladang di Taiwan telah tular di media sosial.

Menurut laporan Daily Star, objek yang mengeluarkan lampu bewarna hijau itu sempat dirakam melintasi sebuah ladang oleh seorang wanita di daerah Taitung, Taiwan.

Wanita tersebut percaya bahawa rakaman video tersebut adalah bukti bahawa makhluk asing telah melawat Bumi.

Sementara itu beliau juga sempat bertanyakan pendapat pakar dan peminat makhluk asing, Scott C. Warring.

Rakaman video itu menunjukkan beberapa cahaya bewarna hijau telah muncul dari awan dan berlegar-elgar salama empat minit…

Menurut beliau, terdapat enam UFO dilihat terbang dan berlegar-legar di kawasan ladang.

“Ini bukti nyata makhluk asing sedang membuat kajian tentang Bumi dan mereka muncul di kawasan desa, bukan di bandar besar,” kata Warring.

Tambah Warring, klip video itu menjadi tular di Taiwan, namun kesahihannya diinafikan oleh pihak tentera Taiwan meskipun mereka sendiri tidak tahu apakah sebenarnya objek tersebut.

“Itu bukan lampu suluh, itu adalah UFO yang membawa makhluk asing untuk melawat Taiwan,” tegas Warring.