Pasar Besar Dan Ikan Kota Kinabalu Dibasmi Kuman

Pasar Besar Dan Ikan Kota Kinabalu Dibasmi Kuman

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman di Pasar Besar dan Pasar Ikan sini pada jam 9.00 pagi tadi.

Mayor Bandaraya, Datuk Noorliza Awang Alip berkata, kerja-kerja itu dilangsungkan 35 anggota DBKK serta 10 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah.

Kerja-kerja pembersihan juga dilakukan di luar kawasan pasar…

Katanyanya ia bertujuan untuk memastikan pasar yang merupakan lokasi tumpuan awam sentiasa bersih dan terkawal daripada penularan wabak COVID-19.

“Kerja-kerja pembersihan meliputi kawasan sekitar pasar termasuklah kawasan letak kereta, kaki lima dan jalan raya…

“Kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi ini siap dilaksanakan dengan jayanya pada jam 1 petang dengan kerjasama semua pihak terlibat,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para peniaga pasar yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepada acara anjuran DBKK demi kebaikan dan kesejahteraan bandaraya.

Semalam, anggota DBKK telah bertemu dengan peniaga di pasar terbabit untuk menjelaskan bahawa penutupan pasar secara mendadak akan dilaksanakan berikutan kes positif yang semakin meningkat di pasar berkenaan.

Peniaga dibenarkan memasuki pasar seawal jam 5 pagi sehingga 8 pagi tadi untuk mengambil dan membawa keluar barangan yang telah ditempah sebelum kerja-kerja pembersihan dimulakan.