Tumpang Kereta Orang Keluarkan Mangsa Tersepit

Tumpang Kereta Orang Keluarkan Mangsa Tersepit

0
SHARE

TAWAU, SABAH – Pemandu sebuah lori 10 tan maut di lokasi Estate Luasung di Kalabakan sini selepas kenderaan yang dipandunya itu terbabas dan terbalik pada bahu jalan semalam.

Pasukan penyelamat daerah mengalami kesukaran untuk sampai ke lokasi disebabkan keadaan jalan yang berlumpur ketika bertindak balas kepada panggilan kecemasan jam 4 petang tersebut.

Jarak lokasi antara Balai Bomba dan Penyelamat Tawau kira-kira 84 kilometer menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Sabah.

Sumber berkenaan berkata pasukan di Tawau mengambil insiatif dengan menumpang kenderaan pacuan empat roda orang awam untuk sampai ke lokasi kejadian…

“Mangsa, Jamaludin Raga, 50, yang tersepit berjaya dikeluarkan anggota dengan bantuan pasukan bomba sukarela daerah menggunakan peralatan khas.

“Menurut Ketua Operasi, tiada litupan radio GIRN dan telefon dilokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Polis yang seterusnya melakukan tindakan lanjut.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 7.35 malam,” kata sumber yang sama.