FRANKFORT, AS – Tentera Amerika Syarikat (AS) buat pertama kalinya telah berjaya menerbangkan helikopter UH-60A Black Hawk tanpa menggunakan juruterbang.
Menurut laporan Daily Mail, pesawat itu melakukan penerbangan selama 30 minit tanpa sesiapa pun berada di dalam helikopter tersebut dari Fort Campbell, Kentucky pada Sabtu minggu lalu dengan satu lagi penerbangan turut dilakukan pada Isnin.
Penerbangan tanpa juruterbang itu merupakan projek perkongsian antara Lockheed Martin Sikorsky dan Agensi Projek Penyelidikan Senjata Pertahanan (DARPA).
Stuart Young iaitu pengurus program di Pejabat Teknologi Taktikal DARPA, berkata bahawa helikopter tersebut telah dipasang semula dengan teknologi autonomi Sikorsky MATRIX yang membentuk teras Sistem Automasi Dalam Kokpit (ALIAS) selain boleh mengubah cara penerbangan.
Pesawat tersebut itu dikatakan mempunyai pilihan di mana ianya boleh dipandu secara manual iaitu memerlukan seorang juruterbang, dan sistem mod autonomi yang membenarkan komputer pesawat tersebut untuk mengawal.
Semasa latihan penerbangan, Sistem Automasi Dalam Kokpit Aircrew (ALIAS) itu diberi beberapa siri halangan yang disimulasikan bagi pesawat tersebut.
Ia perlu melakukan beberapa siri pergerakan sebelum melakukan pendaratan sempurna di landasan Fort Campbell – tanpa campur tangan manusia.
Helikopter autonomi tersebut boleh digunakan untuk menghantar bekalan ke zon perang, atau ekstraksi tentera yang cedera tanpa membahayakan juruterbang…





