KOTA KINABALU, SABAH – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Haji Yakub Khan yakin masalah pencapaian internet selari dengan kemajuan negeri ini dapat dipulihkan melalui Program Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dijangka siap pada akhir tahun ini.
Katanya, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kawasan kelompong (yang tercicir) di Sabah kini berada dalam anggaran 10 peratus.
”Saya sendiri bersama Setiausaha Tetap telah mengadakan mesyuarat dengan menteri komunikasi dan mengutarakan isu ini.
“Dengan kajian terperinci yang sedang dijalankan, seluruh Sabah akan dilupti 100 peratus dengan rangkaian internet menjelang akhir tahun,” katanya sambil menambah hanya 85 peratus Sabah diliputi setakat ini.
Menurutnya, berlaku kerumitan dari segi menaiktaraf beberapa kasawan dari rangkaian 3g kepada 4g tetapi berkata semuanya berjalan lancar.
Sesetengah negeri akan dahulu menikmati teknologi rangkaian 5g dalam langkah negara ke arah digitalisasi sementara negara jiran seperti Indonesia dan Thailand sudah mula menggunakan teknologi itu sejak tahun lalu.





