Lee Zii Jia Tempah Tiket Ke Separuh Akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC)...

Lee Zii Jia Tempah Tiket Ke Separuh Akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022

0
SHARE

Pemain perseorangan utama lelaki negara, Lee Zii Jia telah berjaya ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 di Manila setelah menewaskan pemain Jepun Kanta Tsuneyama.

Pemain nombor tujuh dunia mempamerkan aksi permainan bertenaga ketika menentang lawanya sekaligus menempah tiket ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022…

Beliau bermain dengan cemerlang dari awal sehingga tamat permainan peringkat suku akhir, dan hanya memerlukan 36 minit untuk mengetepikan cabaran Tsuneyama 21-13, 21-11, di Kompleks Sukan Muntinlupa.

Pemain pilihan ketiga itu akan menentukan tempat ke akhir dengan bertemu pemain bukan pilihan dari China Weng Hong Yang, pada perlawanan separuh akhir esok.

Terdahulu Hong Yang melakukan kejutan dengan menewaskan pemain pilihan kedua kejohanan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia dalam tiga set 21-13,16-21 dan 21-11.

Sementara itu juara beregu lelaki Terbuka Jerman 2022 Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani meneruskan permainan cemerlang mereka di kejohanan itu dengan menewaskan Ren Xiang Yu-Tan Qiang dari China, 21-19, 21-14.