MAHARASHTRA, INDIA – Seorang bapa bertindak mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki lain selepas berang dan marah dengan pengantin lelaki yang terlalu mabuk sehingga gagal untuk sampai ke destinasi perkahwinan tepat pada masanya.
Menurut media tempatan yang dipetik Arynews, perkahwinan itu sepatutnya berlangsung 4 petang pada 22 April di kampung Malkapur Pangra di Maharashtra, India.
Bagaimanapun, pengantin lelaki tidak sampai ke dewan perkahwinan sehingga 8 malam kerana keterlaluan minum dan menari bersama rakan-rakannya.
Ibu pengantin perempuan memberitahu media tempatan, “Pengantin lelaki dan rakan-rakannya mabuk dan datang ke Mandap pada 8 malam bukannya 4 petang dan mula bergaduh.
“Jadi kami ambil keputusan kahwinkan anak perempuan kami dengan salah seorang saudara kami.”





